picture

News

 

MDL adakan Majlis Apresiasi untuk kakitangan

Posted on 02 Jan 2023

2/1/2023

KUCHING – Majlis Daerah Lundu telah mengadakan Majlis Apresiasi pada 17 Disember 2022 yang lepas bertempat di Hotel Pullman, Kuching bagi menghargai penglibatan dan komitmen kakitangan dalam menjalankan tugas di sepanjang tahun 2022. Majlis tersebut telah dikendali oleh Kelab Sosial dan Rekreasi (KESORE) MDL yang bertanggungjawab dalam mengurus tadbir aktiviti berkaitan sosial dan rekreasi kakitangan MDL.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Setiausaha MDL Puan Norashikin Brahim. Beliau memaklumkan kejayaan sesebuah jabatan adalah bergantung kepada komitmen daripada semua kakitangan. Beliau juga berharap MDL akan terus berusaha menjadi sebuah organisasi yang memberi komitmen terbaik dalam berurusan dengan komuniti setempat.

Dalam ucapan Pengerusi MDL En Gustian Haji Durani, beliau memaklumkan bahawa PBT merupakan agensi yang penting dan amat dekat dengan rakyat. Beliau turut berharap MDL meneruskan usaha menjadi PBT yang terbaik dalam memberi khidmat kepada komuniti.

Pada majlis tersebut juga pihak MDL dan KESORE telah menyampaikan sijil-sijil bagi kecemerlangan kakitangan, kakitangan bersara, hadiah saguhati kepada anak-anak kakitangan yang memperolehi kejayaan dalam peperiksaan, bantuan persekolahan kepada anak-anak kakitangan, penghargaan kepada kakitangan MDL yang mewakili Sarawak dalam Sukan MAKSAK dan penyampaian hadiah kepada pasukan yang memenangi Sukan KESORE 2022.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Bollywood daripada setiap bahagian di MDL yang melibatkan komitmen kakitangan yang memberikan persembahan terbaik menarikan tarian mengikut rentak lagu Bollywood. Persembahan Bollywood terbaik dimenangi oleh Bahagian Penilaian dan Pencukaian yang telah bergabung dengan kakitangan Bahagian Penguatkuasa.

Turut hadir dimajlis berkenaan adalah En Tan Chee Kang mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan MDL.