Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

32 Ahli Majlis Daerah Lundu angkat sumpah
Tarikh : 11 Aug 2021  Sumber Berita: https://sarawakvoice.com/2021/07/24/ ketua-menteri-saksi-32-ahli-majlis-daerah-lundu-angkat-sumpah/
 

Ahli-ahli Majlis Daerah Lundu mengangkat sumpah

 

Lundu- Seramai 32 Ahli Majlis Daerah Lundu mengangkat sumpah sebagai ahli majlis baharu disaksikan Ketua Menteri, YAB (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Majlis dilaksanakan secara atas talian tersebut turut disaksikan oleh ADUN N3 Tanjong Datu, YB Datuk Amar Hajah Jamilah binti Haji Anu dan Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, YB Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian.

Ahli majlis yang dilantik semula ialah Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, Kaunselor Abdul Razak Abdul Wahab.

Pelantikan semula tersebut adalah keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selaras dengan Peruntukan Seksyen 14(6) Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1996 yang akan berkuatkuasa dari 1 Julai 2021 hingga 30 Jun 2022.

Oleh itu, YB Datuk Amar Jamilah berharap agar semua Ahli Majlis akan sentiasa memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri Sarawak dan kerajaan yang sedia ada sekarang agar pembangunan di kawasan dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.

 

Sumber: https://sarawakvoice.com/2021/07/24/ ketua-menteri-saksi-32-ahli-majlis-daerah-lundu-angkat-sumpah/