Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Pertandingan Poster COVID-19

Dipaparkan pada 01 Mar 2021

Pihak Majlis Daerah Lundu mempelawa komuniti Daerah Lundu untuk menyertai Pertandingan Poster yang bertemakan amalan norma baharu dalam menempuh pandemik COVID-19.

Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) dan Kategori Dewasa (13 hingga 17 tahun). Lukisan hendak dilukis menggunakan kertas A3. Hasil karya adalah asli dan lukisan tangan sahaja dibenarkan.

Bahan untuk melukis adalah menggunakan pensel warna sahaja. Kriteria yang akan dinilai adalah berdasar kepada tema, kekemasan/kebersihan dan ilustrasi. Keputusan panel hakim adalah muktamad. 

Poster hendaklah dihantar secara hardcopy kepada Cik Jasper/Pn. Juliana di Perpustakaan Awam, MDL. Pemenang akan diumumkan melalui panggilan/laman facebook MDL. 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24.03.2021.

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Jasper / Juliana di talian 082-735501.

[Klik untuk memuat turun borang dan syarat penyertaan]