Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 

SUSULAN ARAHAN DARIPADA KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DENGAN RUJUKAN MLGH/UPP/ADM/7JLD.1(3) BERTARIKH 11 MEI 2020 MEMAKLUMKAN BAHAWA KERAJAAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PAKEJ BANTUAN SARAWAKKU SAYANG TELAH MELULUSKAN PERKARA-PERKARA SEPERTI BERIKUT BERMULA 4 MEI 2020:

1.TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN PEGANGAN KEDIAMAN BAGI TAHUN 2015 DAN SEBELUMNYA YANG MEMPUNYAI CUKAI TAKSIRAN TAHUNAN RM 50.01 HINGGA RM 700.00 SAHAJA ADALAH DIHAPUSKAN. 

 2.PENGECUALIAN DARIPADA DENDA LEWAT PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN UNTUK TAHUN 2015 DAN SEBELUMNYA DIBERIKAN KEPADA PEGANGAN KEDIAMAN YANG MEMPUNYAI CUKAI TAKSIRAN TAHUNAN MELEBIHI RM 701.00 DAN PEGANGAN KOMERSIAL, INDUSTRI, HARTA TANAH KHAS DAN TANAH KOSONG.  

3.PENGIRAAN DENDA LEWAT UNTUK SEMUA TUNGGAKAN AKAN BERMULA PADA TAHUN 2016 

4.PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN SEBANYAK 25% PADA TAHUN 2020 SAHAJA DIBERIKAN KEPADA PEGANGAN KEDIAMAN YANG MEMPUNYAI CUKAI TAKSIRAN TAHUNAN MELEBIHI RM401.00, PEGANGAN KOMERSIAL, INDUSTRI, HARTA TANAH KHAS DAN TANAH KOSONG. 

5.PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN BAGI PEGANGAN KEDIAMAN YANG MEMPUNYAI CUKAI TAKSIRAN TAHUNAN DI BAWAH RM400.00 MASIH KEKAL SEPERTI DALAM JADUAL SEDIA ADA.  

6.DISKAUN 25% AKAN DIKREDITKAN KE BIL CUKAI TAKSIRAN TAHUN HADAPAN KEPADA PEMBAYAR CUKAI YANG TELAH MENJELASKAN BAYARAN CUKAI TAHUNAN MEREKA BAGI TAHUN INI. 

7.TARIKH AKHIR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN UNTUK SETENGAH TAHUN PERTAMA BAGI TAHUN 2020 DILANJUTKAN DARIPADA 31 MEI KEPADA 31 OKTOBER 2020.

SILA BAYAR BIL CUKAI TAKSIRAN ANDA SEBELUM TARIKH AKHIR BAYARAN DAN UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI BAHAGIAN PENILAIAN DAN PENCUKAIAN MAJLIS DAERAH LUNDU DI TALIAN 082 735501.