Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 

Adalah dimaklumkan, selaras dengan Arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak yang dikeluarkan pada 22 Mac 2020 menetapkan bahawa bermula 24 Mac 2020, waktu operasi kedai runcit, restoran, kopitiam, stesen minyak, hypermaket, supermarket dan klinik swasta dibenarkan beroperasi dari JAM 7:00 pagi hingga 7:00 MALAM setiap hari sehingga ke suatu masa yang akan ditetapkan.

Walaubagaimana pun arahan operasi masih tertakluk kepada arahan yang telah dikeluar sebelum ini iaitu bagi restoran dan kopitiam, orang ramai TIDAK DIBENAR untuk makan/minum di premis-premis tersebut. Operator jualan hanya dibenar menjual secara pembelian bungkus/tapau/COD sahaja.

Anda juga dikehendaki mengamalkan penjarakan sosial (Sosial Distancing) di premis anda pada setiap masa. Anda juga disarankan untuk menjalankan pemeriksaan suhu badan dan memastikan penggunaan hand sanitizer diamalkan.