Kemaskini Pada: 20 Nov 2019
Versi 8.2.2
 

Kepada para pengguna perkhidmatan feri Rambungan,

Adalah dimaklumkan perkhidmatan feri Rambungan akan menggalami gangguan perkhidmatan bagi tujuan kerja-kerja menambahbaik sebahagian feri ramp selama tiga hari bermula 11 November 2019 sehingga 13 November 2019.

Para pengguna adalah digalakkan menggunakan laluan-laluan alternatif yang bersesuaian sehingga kerja-kerja menambahbaik ini selesai.

Para pengguna juga dinasihat untuk berhati-hati semasa memandu di jalan ini semasa tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan pengguna jalanraya.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pihak JKR Bahagian Kuching atau menghubungi  Puan Bong Yan Phing di talian 082 203411.