Kemaskini Pada: 20 Nov 2019
Versi 8.2.2
 

Adalah dimaklumkan kepada semua pemohon yang hendak memohon "Certificate of Clearance of Indebtedness" Borang G(1). Sila pastikan dokumen yang dihantar adalah LENGKAP beserta dengan wang pembayaran sebanyak RM 30.00. Ini adalah bagi memudahkan proses pengeluaran sijil tersebut.

Pembayaran bolehlah dibayar secara tunai di Kaunter Pembayaran Majlis Daerah Lundu atau dibuat melalui pindahan wang ke akaun RHB milik Majlis Daerah Lundu di akaun nombor 21115550000087.

Sila maklumkan kepada pihak Majlis Daerah Lundu SELEPAS menjalankan transaksi pembayaran di saluran seperti berikut:

1. Emel umum - lundudc@sarawak.gov.my 

2. Emel Bahagian Penilaian dan Pencukaian - lundudc_rv@sarawak.gov.my

3. Atau hantar ke nombor faksimili majlis di 082 735035

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 082 735501.