Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Kemudahan Rumah Rehat

MDL ada menawarkan kemudahan bilik untuk disewa bagi rumah-rumah rehat yang ada di dalam pentadbiran MDL. 

Berikut adalah senarai rumah rehat berserta kadar dan kemudahan yang disediakan.

1. SRI GADING LUNDU

Bangunan rumah rehat ini terletak di tengah pekan Lundu bersebelahan dengan Medan Niaga Gading, Gerai Bumiputera dan Pasar Tamu Lundu. 

Bangunan ini menyediakan 6 bilik kediaman yang lengkap dengan peralatan asas seperti dibawah:

Nama Bilik

Kemudahan

Kapasiti

Harga

Sri Gading 01 1 Katil saiz King, TV, penghawa dingin, tuala, sabun, cerek elektrik, bilik mandi dan tandas  individu 2 orang / bilik Masih dalam pengubahsuaian
Sri Gading 02 2 Katil saiz single, TV, penghawa dingin, tuala, sabun, cerek elektrik, bilik mandi dan tandas individu 2 orang / bilik Masih dalam pengubahsuaian
Sri Gading 03 1 Katil saiz King, TV, penghawa dingin, tuala, sabun, cerek elektrik, bilik mandi dan tandas  individu 2 orang / bilik RM150.00
/malam
Sri Gading 04 1 katil saiz Queen, TV, penghawa dingin, tuala, sabun, cerek eletrik, bilik mandi dan tandas individu 2 orang / bilik RM 130.00
/malam
Sri Gading 05 1 katil saiz Queen, TV, penghawa dingin, tuala, sabun, cerek eletrik, bilik mandi dan tandas individu 2 orang / bilik Masih dalam pengubahsuaian
Sri Gading 06 1 katil saiz Queen, TV, penghawa dingin, tuala, sabun, cerek eletrik, bilik mandi dan tandas individu 2 orang / bilik Masih dalam pengubahsuaian

Check in time - 2:00 pm      Check out time : 12:00 noon


2. SRI TALANG-TALANG KECIL

- Rumah rehat ini terletak berhadapan dengan Kem Askar wataniah Sematan dan berkongsepkan sewaan 1 rumah dengan peralatan dan kemudahan seperti di bawah: 

Bilangan Bilik

Kemudahan

Kapasiti

Harga

3 bilik 1 katil saiz Queen di setiap bilik, 1 TV di ruang utama, penghawa dingin di setiap bilik, tuala, sabun, cerek eletrik, 2 bilik mandi dan tandas individu 6 orang / rumah RM130.00
/ malam

Check in time - 2:00 pm      Check out time : 12:00 noon


3. SRI TALANG-TALANG BESAR

Rumah rehat ini terletak di tengah pekan Sematan bersebelahan dengan Taman Rekreasi MDL. 

Ia menyediakan 4 bilik yang yang boleh disewa berasingan. Rumah rehat ini hanya menyediakan 2 ruangan bilik mandi dan tandas yang dikongsi bersama.

Bilangan Bilik

Kemudahan

Kapasiti

Harga

4 bilik berasingan 1 Katil saiz Queen, 2 tuala, Sabun, Cerek elektrik dan penghawa dingin. 2 orang / bilik RM65.00
/malam

Check in time - 2:00 pm      Check out time : 12:00 noon

* Untuk pertanyaan dan tempahan bolehlah menghubungi pegawai kami Cik Lucy di talian 082-735501.