Kemaskini Pada: 15 Dis 2018
Versi 8.1.2
 
Perkhidmatan PerpustakaanPerkhidmatan Perpustakaan

WAKTU OPERASI  PERPUSTAKAAN

 

ISNIN – KHAMIS                                           -              8:00 PAGI HINGGA 1:00 PETANG                              

                                                                                  2:00 PETANG HINGGA 5:00 PETANG

JUMAAT                                                       -              8:00 PAGI HINGGA 11:45 PAGI

                                                                                  2:15 PETANG HINGGA 5:00 PETANG

CUTI                                                           -              TUTUP

 

PERATURAN –PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENGGUNA PERPUSTAKAAN

 

1.   PERPUSTAKAAN INI ADALAH DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH LUNDU.

2.   PERPUSTAKAAN INI ADALAH DIBAWAH SELIAAN KAKITANGAN PERPUSTAKAAN/MANA-MANA PEGAWAI LAIN YANG DIBERI KUASA OLEH PIHAK PENTADBIRAN SAHAJA.

3.   HANYA AHLI YANG BERDAFTAR SAHAJA DIBENARKAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK PERPUSTAKAAN SEPERTI :-

3.1    PINJAMAN BUKU

4.   SYARAT – SYARAT PERMOHONAN KEAHLIAN

Keahlian Dewasa

Keahlian Remaja

Had Umur

Yuran

Dokumen Wajib

Had Umur

Yuran

Dokumen Wajib

15 tahun keatas

RM 3.00

Kad Pengenalan

15 tahun kebawah

RM 2.00

Surat Beranak

 

5.   AHLI PERPUSTKAAN WAJIB MEMPERBAHARUI KEAHLIAN SETAHUN SEKALI DAN KAD KEAHLIAN TIDAK DIBENARKAN UNTUK DITUKAR HAK MILIK

6.   TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA KELUAR BUKU PERPUSTAKAAN TANPA KEBENARAN DARIPADA PEGAWAI PERPUSTAKAAN.

7.   AHLI PERPUSTAKAAN HANYA BOLEH MEMINJAM BUKU SEBANYAK

7.1    Dewasa – 2 buah buku sahaja

7.2    Remaja – 1 buah buku sahaja

 

8.   TEMPOH PEMINJAMAN BUKU ADALAH DIHADKAN  SELAMA 14 HARI ( Hari Bekerja ).

9.   BUKU YANG DIPINJAM HENDAKLAH DIKEMBALIKAN SEBELUM TARIKH YANG DITETAPKAN DAN PEMINJAM AKAN DIDENDA 20 SEN SEHARI JIKA BERLAKU KELEWATAN PENGHANTARAN BUKU.

10. AHLI YANG MENGHILANGKAN BUKU YANG DIPINJAM WAJIB MENGGANTIKANNYA DENGAN MEMBAYAR MENGIKUT HARGA YANG TERTERA PADA BUKU TERSEBUT.

11. TIDAK SESIAPAPUN DIBENAR MELAKUKAN PERKARA BERIKUT PADA BUKU DI PERPUSTAKAAN AWAM LUNDU SEPERTI :-

     ( Merosak, Memotong, Mencarik, Menggaris, Menanda, Mencatat, Menampal pelekat atau notis dan sebagainya.)

12. TIDAK SESIAPAPUN DIBENAR MELAKUKAN PERKARA BERIKUT DI PERPUSTAKAAN AWAM LUNDU SEPERTI :-

     ( Membuat bising, Merosak harta benda perpustakaan, Menghalang pegawai perpustakaan menjalankan tugas, Merokok, Membawa binatang, Makan atau Minum dan sebagainya )

13. PIHAK MAJLIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN BARANG-BARANG PERIBADI PENGUNJUNG

14. TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN UNTUK MASUK/TINGGAL SEKIRANYA MENGHIDAP PENYAKIT BERBAHAYA ATAU PENYAKIT BERJANGKIT.

15. TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MAKAN DAN BARING DI ATAS KERUSI, MEJA ATAU LANTAI DI DALAM PERPUSTAKAAN.

16. TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN BERADA DALAM  KAWASAN ATAU RUANGAN PEGAWAI YANG BERTUGAS.

17. PIHAK MAJLIS BOLEH MENUTUP PERPUSTAKAAN PADA BILA-BILA MASA DENGAN MENGELUARKAN NOTIS UNTUK DIPAPARKAN DILUAR PERPUSTAKAAN.

 

     ( SEGALA PERATURAN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK MAJLIS INI HENDAKLAH SENTIASA DIPATUHI OLEH SEMUA PENGGUNA PERPUSTAKAAN )