Kemaskini Pada: 15 Dis 2018
Versi 8.1.2
 
Pantai PuguPantai Pugu

Pantai Pugu adalah salah sebuah pantai yang baharu dibangunkan bagi tujuan pelancongan di daerah Lundu. Pantai ini mempunyai jarak sepanjang hampir 8 kilometer dan merupakan salah satu tapak persinggahan penyu untuk bertelur. Pantai ini diakui oleh ramai pengunjung mempunyai pantai dan laut yang cantik. Dari pantai ini kita dapat melihat keindahan Pulau Talang-Talang Kecil dan Talang-Talang Besar.

Pantai Pugu terletak lebih kurang 20 kilometer dari Pekan Lundu dan terletak berdekatan dengan Pantai Pandan, Pantai Siar dan Pantai Belungei.

Pantai ini sangat sesuai untuk mengadakan pelbagai aktiviti riadah dan memandangkan potensi yang ada pada keindahan pantai ini menyebabkan pihak Kerajaan Negeri Sarawak bercadang untuk memanggil juruperunding untuk melihat potensi kawasan berkenaan sebagai lokasi tarikan pelancongan yang baharu untuk Negeri Sarawak.

Salah satu keindahan semulajadi yang boleh didapati di sini adalah pemandangan dari atas Bukit Gondol. Bukit ini mempunyai ketinggian hampir 100 meter. Bukit ini amat mudah didaki dan amat sesuai untuk pendaki yang baharu hendak berjinak dalam sukan pendakian. Dari bukit ini anda lebih berpeluang untuk melihat keindahan pantai dan Laut Cina Selatan.