Kemaskini Pada: 15 Dis 2018
Versi 8.1.2
 
Pantai PandanPantai Pandan

Pantai Pandan terletak lebih kurang 10 kilometer dari Pekan Lundu. Pantai ini mempunyai pemandangan pantai dan laut yang cantik. Kawasan pantai ini masih lagi dibangunkan untuk menepati keselesaan para pengunjung. Anda bebas untuk memilih lokasi untuk bersantai mengikut keselesaan anda semasa berada di pantai ini. Pantai Pandan terletak berhampiran dengan Kampung Pandan. Menurut penceritaan daripada penduduk setempat, nama Pandan diperolehi berdasar kepada jumlah daun pandan yang banyak tumbuh dikawasan tersebut suatu masa dahulu.

Pada setiap hujung minggu, kawasan pantai ini akan dipenuhi dengan ramai pengunjung yang terdiri daripada masyarakat dalam maupun dari luar negara yang ingin menikmati keindahan dan kedamaian pantai ini. 

Keindahan Pantai Pandan