Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Rebate

Pemilik pegangan boleh memohon rebat bagi mana-mana pegangan yang telah kosong tidak kurang dari 3 bulan.  

Syarat-syarat pemberian rebat termaktub dalam Peraturan 5 & 6 Local Authority Ordinance (Rating Regulation 1997).

Dalam Peraturan 5 – (3) di mana Rebat dipertimbangkan sekiranya pemilik memenuhi syarat-syarat berikut:-

a) Pegangan dalam keadaan baik dan selamat untuk didiami;

b) Pelbagai usaha dan cara oleh pemilik untuk mendapatkan penyewa;

c) Sewa ke atas pegangan adalah berpatutan;

d) Pegangan tersebut telah dikosongkan semasa tuntutan rebat dibuat; dan

e) Pegangan tidak dalam proses pengubahsuaian dan tidak didiami untuk jangkamasa tiga bulan berturut-turut.

 

Bagi perkara 5(3)(b); pelbagai usaha dan cara untuk mendapat penyewa:-

1) Memaparkan papan SEWAAN / UNTUK DISEWA kepada umum dimana-mana bahagian pegangan yang mudah dilihat; ATAU

2) Mengiklankan sewaan melalui suratkhabar dengan menyatakan nombor lot pegangan berkenaan (keratan akhbar diperlukan sebagai dokumen); ATAU

3) Melalui agen hartanah (dibuktikan melalui surat pengesahan daripada agen dilantik); ATAU

4) Pelbagai cara lain untuk mencara penyewa (perlu dibuktikan dengan dokumen yang dikehendaki).

 

 Contoh pengiraan tuntutan rebat:

 1/24 x Cukai Tahunan x bilangan bulan pegangan kosong (tidak kurang dari 3 bulan).

 

Perlu diingatkan bahawa pembayar cukai perlu membayar cukai taksiran terlebih dahulu sebelum rebat dibuat bagi bil tahun berikutnya.