Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Pindaan Nilaian

PINDAAN NILAIAN

Pengenalan

Sebarang perubahan Cukai​ Taksiran adalah disebabkan perkara-perkara berikut:-

  1. Bangunan-bangunan baru.
  2. Pindaan ubahsuaian keluasan bangunan sedia ada.
  3. Perubahan tanah kosong kepada bangunan.
  4. Pertukaran syarat kegunaan.
  5. Perubahan bahan binaan bangunan


Permohonan nombor rumah dan ukurperiksa rumah baharu

Permilik rumah boleh memohon dengan mengisi borang permohonan rumah baharu yag boleh didapati di laman web Majlis atau di pejabat Majlis Daerah Lundu dengan mengepilkan bersama dokumen sokongan seperti dibawah:

a. Lakaran pelan lantai

b. Salinan kad pengenalan pemilik rumah

c. Salinan surat tanah/geran (sekiranya ada)

d. Pengesahan Ketua Kampung/Penghulu bagi kawasan tanah kampung (untuk rumah yang tidak mempunyai surat tanah/geran)


Bantahan Ke Atas Pindaan Kepada Senarai Nilaian

Pemilik yang terlibat dengan pindaan kepada Senarai Nilaian ini, jika tidak berpuas hati dengan Nilai Tahunan yang dicadangkan bolehlah membuat bantahan dengan mengemukakan permohonan bantahan beserta wang bantahan sebanyak RM20.00.

Alasan-alasan bantahan adalah seperti berikut:-

  1. Bahawa sesuatu pegangan yang baginnya dikenakan kadar adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar;
  2. Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar;
  3. Bahawa seseorang atau pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya;
  4. Bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar; atau
  5. Bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah diniliai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.

Bantahan hendaklah dkemukakan secara bertulis dan hendaklah disampaikan kepada Majlis sepuluh (10) hari sebelum semakan Senarai Nilaian.

Bagi mereka yang mengemukakan bantahan, pihak Majlis akan menetapkan tarikh bantahan bagi memutuskan keputusan bantahan tersebut.