Sarawak ID | Register

Berita

Kumpulan G.U.R.L dari MDL terima anugerah 2 Bintang di SCSICA 2022
Tarikh : 22 Oct 2022
 

21/10/2022

KUCHING - Tahniah kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif GURL dari MDL yang telah berjaya mendapat Anugerah 2 Bintang di Majlis Makan Malam Anugerah Inovasi Negeri Sarawak (SCSICA) 2022 yang berlangsung di Hotel Raia, Kuching pada malam tadi (21/10/2022).

Kumpulan GURL diwakili oleh Pn Siti Noraini Jamali (Ketua Kumpulan), Cik Jasper Robin, Pn Lisa Mireg, Pn Litna Rassip dan Cik Saedah Asman.

Ini merupakan projek pertama Kumpulan GURL dalam penyertaan di Konvensyen Inovatif dan Kreatif yang membawa satu inovasi dengan membangunkan satu sistem pangkalan data yang beroperasi secara atas talian bagi membantu dalam tugasan pengurusan pengesanan fail di pejabat. Sebelum ini Kumpulan GURL telah dianugerahkan Anugerah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak bagi persembahan terbaik di Konvensyen Inovatif dan Kreatif Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2022.

Setiausaha MDL Pn Norashikin binti Brahim amat berbangga dengan pencapaian pertama Kumpulan GURL di peringkat SCSICA 2022 ini dan berharap kumpulan ini akan memberi yang terbaik pada tahun hadapan bagi membudayakan amalan inovasi di peringkat jabatan.