Sarawak ID | Register

Berita

MDL Terima Kunjungan Pasukan Juruaudit Penarafan Bintang PBT
Tarikh : 24 Sep 2022
 

23/9/2022

LUNDU – Majlis Daerah Lundu (MDL) telah menerima kunjungan juruaudit dari pasukan Inspektorat JKT, KPKT bagi Sesi Lawatan Penilaian SPB-PBT pada 21/9/2022 yang lepas. Pasukan yang terdiri daraipada 6 orang tersebut diketuai oleh Pn Lilian Tai Yee Chi, Pegawai Perancangan Bandar dan Desa dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (PLANMalaysia). Turut bersama beliau adalah En Muhammad Aiman bin Zakaria, Penolong Setiausaha Kanan dari Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa KPKT, Pn Nur Wahida binti Md. Aris, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Perunding Kawalan Kemajuan JKT, En Muhamad Aizuddin bin Safiaai, Pegawai Perancangan Bandar dan Desa dari Bahagian Rancangan Fizikal Negara PLANMalaysia, Cik Rohaizan binti Husin, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pengurusan Maklumat JKT dan En Chin Khien Leong, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Inspektorat JKT.

                Rombongan pasukan ini telah disambut oleh Setiausaha MDL Pn Norashikin binti Brahim bersama kesemua pasukan pengurusan serta kakitangan MDL. Pasukan ini berkesempatan disajikan dengan tarian etnik Salako, iaitu salah satu kaum etnik yang hanya ada di Daerah Lundu. Sesi pengauditan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan ucapan aluan daripada Pn Norashikin. Pengauditan melibatkan 4 kriteria bagi melihat tahap pencapaian sesebuah PBT tersebut. Sesi diteruskan dengan lawatan ke tapak bagi melihat pencapaian perkhidmatan MDL kepada komuniti setempat. Pada sesi penutupan, pihak juruaudit amat berpuashati dengan tahap pencapaian MDL serta berharap segala usaha yang baik sebelum ini diteruskan kepada komuniti setempat.