KESORE MDL serah sumbangan bersempena sambutan Hari Malaysia |
Tarikh : 15 Sep 2022 |
15/9/2022 LUNDU – Kelab Sosial dan Rekreasi (KESORE) Majlis Daerah Lundu berkesempatan mengadakan lawatan ke wad pesakit Hospital Lundu bagi sesi penyerahan sedikit sumbangan bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini yang bertema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”. Sesi penyerahan sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Penaung KESORE merangkap Setiausaha MDL Puan Norashikin binti Brahim. Ini merupakan salah satu aktiviti KESORE bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2022. Menurut Pengerusi KESORE Puan Litna anak Rassip, beliau berharap aktiviti tersebut dapat dijadikan aktiviti tahunan KESORE. Pada sesi tersebut, rombongan KESORE diiringi Matron Ita anak Pantau dari Hospital Lundu. Turut hadir pada sesi berkenaan adalah ahli jawatankuasa KESORE. |