Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

RHB dan MDL bekerjasama adakan program “RHB TOUCH HEART”
Tarikh : 20 Aug 2022
 

20/8/2022

LUNDU – Satu kerjasama telah diadakan di antara RHB Wilayah Sarawak dan Majlis Daerah Lundu bagi mengadakan satu program kemasyarakatan yang dinamakan "RHB TOUCH HEART" pada hari ini di Kampung Pueh, Sematan, Lundu. Program anjuran pihak RHB ini juga turut dijalankan serentak di seluruh Malaysia dengan menggunakan tema program yang sama iaitu "RHB TOUCH HEART".

Pada sesi berkenaan, pihak RHB telah menyerahkan sumbangan berbentuk komputer, mesin fotostat, rak buku dan meja kepada Perpustakaan Desa Kampung Pueh, Perpustakaan Desa Biawak, Perpustakaan Desa Kampung Jantan dan Perpustakaan Desa Kampung Sebako. Selain itu, pihak RHB turut menyumbang 20 set peralatan alat tulis beserta beg sekolah kepada 20 orang pelajar terpilih di Kampung Pueh.

Menurut Cik Jasper Robin, Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti MDL mewakili Setiausaha MDL, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak RHB atas keprihatinan mereka dalam membantu komuniti setempat khusus nya dalam kawasan selian MDL terutama melibatkan kemudahan pendidikan komuniti setempat.

Program ini telah dihadiri oleh semua kakitangan Bank RHB termasuk Bank RHB Cawangan Lundu, Ahli-Ahli Majlis Daerah Lundu, Penghulu Ramil ak Mina, Ketua Kampung Pueh dan Pueh Penek, kakitangan MDL dan komuniti setempat.