Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

MDL SERTAI KONVENSYEN INOVATIF DAN KREATIF KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Tarikh : 10 Aug 2022
 

10/8/2022

KUCHING - Majlis Daerah Lundu melalui Kumpulan G.U.R.L telah menyertai Konvensyen Inovatif dan Kreatif Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertempat di Hotel Raia, Kuching. Konvensyen yang diadakan selama 2 hari bermula 8-9 Ogos 2022 tersebut turut disertai oleh 18 kumpulan yang lain dari agensi-agensi di bawah kementerian iaitu Kumpulan A.I.M dari MD Matu dan Daro, Kumpulan New Age dari MD Saratok, Kumpulan M.L.G.A dari MD Luar bandar Sibu, Kumpulan Kaul lX dari MD Dalat dan Mukah, Kumpulan Glamco Hybrid MPKS dari DBKU dan MP Kota Samarahan, Kumpulan 8Brain dari Lembaga Kemajuan Bintulu, Kumpulan Engkabang dari MD Maradong dan Julau, Kumpulan Eagle dari MP Sibu, Kumpulan A-Brain dari MD Sarikei, Kumpulan EMCO dari DBKU, Kumpulan Sri;Ang dari MD Serian, Kumpulan Canarium dari MD Kanowit, Kumpulan O.U.T dati MD Lubok Antu, Kumpulan Miri Syntesis dari MB Miri, Kumpulan E-G7 dari DBKU, Kumpulan Padja Birawan dari MP Padawan, Kumpulan Big Dream dari MBKS dan Kumpulan H-Tech dari HDC. Sebanyak 19 projek inovatif dan kreatif dibentangkan.

Majlis perasmian telah diadakan pada 8 Ogos 2022 oleh YBhg Datu Antonio Kahti Galis, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Beliau menasihatkan semua PBT Sarawak agar komit dalam membudayakan amalan inovatif dan kreatif dalam membuat penyelesaian permasalahan di agensi masing-masing. Pada konvensyen kali ini, kumpulan G.U.R.L dari MDL telah membentangkan tajuk projek tempoh pengesanan fail pegangan yang panjang. Majlis penutupan akan diadakan pada hari ini yang akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Prof. Dr Sim Kui Hian, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.