Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

SELARA UNITED JUARA KEJOHANAN FUTSAL LCC CUP 2022
Tarikh : 25 Jul 2022
 

25/7/2022

LUNDU – Kejohanan Futsal Piala “Lundu Community Challenge” (LCC) 2022 anjuran bersama MD Lundu (MDL) bersama Kelab Sukan Rekreasi Emmanuel Samarahan (KSRES) dan Sempurna Jaya Plantation & Services telah menutup tirainya semalam dengan keputusan bagi Kategori Terbuka Lelaki LCC Cup 2022 dimenangi oleh pasukan Selara United selepas mengalahkan pasukan Ora Ft dengan tendangan penalti selepas kedua pasukan seri tanpa jaringan. Tempat ketiga bersama disandang oleh pasukan BT27 Warrior dan pasukan TJFT(C).

Juara telah menerima hadiah berupa Piala pusingan LCC 2022, Piala Kejohanan LCC 2022, pingat kepada semua pemain serta wang tunai sebanyak RM 2,000.00. Tempat kedua membawa pulang piala, pingat dan wang tunai sebanyak RM 1,000.00. Tempat ketiga bersama pula membawa pulang piala, pingat dan wang tunai sebanyak RM500.00.

Bagi Kategori Veteran lelaki LCC Cup 2022 dimenangi oleh pasukan RBL, tempat kedua jatuh kepada pasukan IPD Lundu dan tempat ketiga bersama jatuh kepada pasukan Veteran N1 Opar dan pasukan Seabird. Untuk anugerah Terbaik suku akhir yang menerima piala saguhati dan wang tunai sebanyak RM50 jatuh kepada pasukan SSV FT, pasukan Fadzio, pasukan PFA ODIN dan pasukan Sebiris.

Pada kejohanan ini, pihak penganjur juga menyediakan hadiah bagi pemain terbaik yang dimenangi oleh Wan Muhd Nur Azhar Wan Ahmad, penjaga gol terbaik dimenangi oleh Mohd Alim Mohd Mahmud, penjaring terbanyak dimenangi oleh Mohd Ikziatul Ikhmal Imeran, pemain muda terbaik bawah 19 tahun dimenangi oleh Louis Ferrick ak Edwin, pasukan terbaik dimenangi oleh pasukan BT27 Warrior dan pengurus terbaik dimenangi oleh TJFT (C).

Sesi penyerahan hadiah disempurnakan oleh En Mohamad Rhadzyie Kassim mewakili YB ADUN N3 Tanjong Datu, En Awang Nazri Awg Ahmad mewakili Setiausaha MD Lundu, Cr Mohd Nazrul Firdaus Abdullah, Cr Sataria Olis dan Cr Mohammad Naieem Samsudin.