MDL SERTAI KEJOHANAN FUTSAL JEMPUTAN ANTARA AGENSI PIALA KETUA POLIS DAERAH LUNDU 2022 |
Tarikh : 20 Mar 2022 |
20/3/2022 LUNDU – Majlis Daerah Lundu telah menghantar dua pasukan ke Kejohanan Futsal Jemputan Antara Agensi Piala KPD Lundu 2022 pada 19/3/2022 yang lepas. Pertandingan yang diadakan di Gelanggang Futsal Tertutup Lundu tersebut telah disertai oleh 10 pasukan yang terdiri daripada agensi yang ada di Lundu seperti PDRM, Medical, APM, JBALB, Bomba, PSKPP dan MDL. Pertandingan yang julung kali diadakan ini adalah inisiatif Kelab Futsal IPD Lundu di bawah penyelarasan Insp Sofian bin Zainuddin bagi mengeratkan lagi hubungan antara agensi kerajaan yang ada di Daerah Lundu. Kejohanan ini juga dianjurkan bagi memperingati Hari Polis yang ke 215 tahun. |