Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

MDL TERIMA KUNJUNGAN TIMBALAN MENTERI BELIA, SUKAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SARAWAK
Tarikh : 12 Mar 2022
 

12/03/2022

LUNDU – Majlis Daerah Lundu telah berpeluang menerima kunjungan daripada YB Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang telah diadakan pada 9 Mac 2022 yang lepas. Turut bersama beliau pada sesi berkenaan adalah YB Azizul Annuar Adenan, ADUN N3 Tanjong Datu. Pada sesi berkenaan, satu sesi taklimat berkaitan pembangunan dan aktiviti yang telah diadakan di Kompleks Sukan Lundu telah disampaikan oleh Puan Norashikin Adenan, Setiausaha MDL. Beliau telah membentangkan beberapa kemudahan asas yang disediakan, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, status penyelenggaran dan cabaran yang dihadapi bagi Kompleks berkenaan. Sesi lawatan tapak telah diadakan ke ke Kompleks Sukan Lundu bagi meninjau dan mengenalpasti status kemudahan yang tersedia.

Kompleks Sukan Lundu telah mula dibina sejak tahun 1996 di mana bangunan pertama yang didirikan adalah Mini Stadium Lundu yang menyediakan kemudahan padang bolasepak, trek balapan dan kawasan tempat duduk berbumbun bagi keselesaan pengunjung. Kini, kawasan berkenaan telah disediakan Mini Stadium Tertutup, gelanggang Futsal berbumbung, gelanggang futsal terbuka, gelanggang petanque dan gymnasium terbuka bagi kemudahan pengguna.

Para rombongan berkesempatan disajikan dengan persembahan tarian Salako yang ditarikan oleh  para belia Daerah Lundu semasa berkunjung ke bangunan MDL. YB Dato Gerald amat berpuashati dengan pembangunan yang telah dicapai oleh pihak MDL serta mengucapkan tahniah atas pencapaian MDL dalam menerima pelbagai anugerah diperingkat Sarawak. Turut hadir pada sesi ini adalah En Gustian Haji Durani, Pegawai Daerah Lundu, Ketua Masyarakat dan pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, Pejabat Daerah Lundu dan MDL.