Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

YB Dato Sri Hajah Fatimah lawat projek seliaan MDL
Tarikh : 25 Nov 2021
 

23/11/2021

LUNDU – Satu sesi lawatan tapak ke projek pembinaan bangunan OKU Daerah Lundu telah diadakan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak pada 22 November 2021 yang lepas. Projek pembinaan bangunan OKU yang  menelan belanja sebanyak RM1.3 juta ini merupakan satu projek seliaan Majlis Daerah Lundu (MDL) yang telah dilantik sebagai agensi pelaksananya dan dijangka siap pada penghujung Januari 2022. Bangunan mula didirikan pada 16 November 2020 yang lepas, walaubagaimanapun atas faktor penularan wabak Covid-19 serta beberapa siri arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan sekatan SOP yang telah dijalankan oleh pihak kerjaaan sebelum ini ianya telah menjejaskan tarikh siap yang telah dijadualkan.

Menurut Setiausaha MDL Puan Norashikin binti Brahim yang bersama dalam sesi tersebut, projek ini dipantau sepenuhnya oleh Bahagian Kejuruteraan MDL dan berdasar status pelaksanaan ianya sudahpun mencapai 74% siap. Pihak MDL amat komited untuk memastikan semua projek dibawah seliaan siap mengikut perancangan serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Turut bersama dalam sesi lawatan tersebut adalah YB Datuk Amar Hajah Jamilah binti Haji Anu merangkap Pengerusi Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL) dan Pengerusi MDL Encik Gustian Haji Durani. Sesi lawatan ini adalah lanjutan daripada Program Penyampaian Bantuan Inisiatif Kerajaan Sarawak bagi tahun 2021 dan Pemantauan Projek yang telah diadakan di Dewan Mahligai Gading.