Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

MD Maradong dan Julau adakan sesi Latihan kerja sambil belajar di MDL
Tarikh : 19 Nov 2021
 

19/11/2021

LUNDU - Pihak MDL telah menerima satu sesi lawatan kerja sambil belajar daripada Seksyen Penilaian dan Pencukaian Majlis Daerah Maradong dan Julau (MDMJ) pada 17-18/11/2021 yang lepas. Seramai 5 orang kakitangan daripada seksyen berkenaan telah datang bagi mempelajari kerja-kerja berkaitan penilaian dan pencukaian melibatkan dokumentasi, lawatan tapak dan sistem yang digunapakai.

Menurut Cik Mishell Vina Umang anak Nicodemus Fuad, Ketua Seksyen Penilaian dan Pencukaian MDMJ merangkap ketua rombongan, banyak info yang diperolehi semasa lawatan kerja 2 hari tersebut di Bahagian Penilaian dan Pencukaian MDL yang boleh digunapakai di seksyen mereka. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Setiausaha MDL Puan Norashikin binti Brahim atas kesudian menerima rombongan daripada jabatan mereka bagi mempelajari kerja-kerja berkaitan bidang tugas mereka.

Pada majlis penutupan sesi berkenaan, Setiausaha MDL juga memberitahu bahawa mempelajari sesuatu ilmu tersebut merupakan satu perjalanan yang panjang. Selagi kita masih hidup selagi itulah kita dituntut untuk belajar. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rombongan MDMJ kerana sudi memilih MDL sebagai lokasi latihan kerja.