Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

MDL dipilih sebagai lokasi pengauditan MS ISO 9001:2015
Tarikh : 19 Nov 2021
 

19/11/2021

LUNDU - Satu sesi pengauditan pematuhan MS ISO 9001:2015 bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) dan 19 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sarawak telah diadakan pada 15-16 November 2021 yang lepas. Pada sesi kali ini, 7 PBT seluruh Sarawak telah dipilih bagi sesi pengauditan secara fizikal dan Majlis Daerah Lundu adalah antara yang terpilih bagi tujuan tersebut.

Sesi pengauditan telah dijalankan oleh panel juruaudit dari pihak SIRIM iaitu Encik Zulkifli bin Abdullah. Sesi pengauditan hari pertama turut dihadiri Pemangku Setiausaha Tetap MLGH Encik Desmond anak Douglas Jerukan yang meninjau proses penguditan yang dijalankan oleh pihak SIRIM bersama pihak MDL.

Pada sesi penutupan sesi pengauditan tersebut, Encik Zulkifli selaku panel juruaudit telah mengusulkan beberapa teguran penambahbaikan ke arah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan terutama melibatkan prosedur kerja. Sesi penutupan ini turut dihadiri oleh Setiausaha MDL Puan Norashikin binti Brahim dan pegawai-pegawai kanan MDL.

Menurut Setiausaha MDL, sesi pengauditan pematuhan ini bukan nya bertujuan untuk mencari kesalahan tetapi ainya bertindak sebagai salah satu platform untuk sesi penambahbaikan dan perkongsian ilmu ke arah membaiki tugasan harian bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Sesi pengauditan pada kali ini turut diiringi 3 ahli pasukan teknikal MS ISO MLGH dan PBT yang terdiri daripada Puan Thian Sui Ling, En Hiu Kee Sing dan En Mirwan Abdul Karim.