Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

MDL terima kehadiran juruaudit Scorecard
Tarikh : 18 Nov 2021
 

18/11/2021

LUNDU- Satu sesi pengauditan Scorecard telah diadakan di Majlis Daerah Lundu selama satu hari pada 12 November 2021 yang lepas, di mana pada ia telah dijalankan oleh dua juruaudit yang telah dilantik iaitu Pn Lorritta anak Jalan, Penolong Pengarah Unit Pasukan Sekretariat SCS Scorecard Negeri dari Unit Sumber Manusia Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Puan Julie Chong Wei Ni, Ketua Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan Sokongan Negeri.

Sesi pengauditan ini adalah bertujuan melihat status pencapaian sistem pengurusan Majlis Daerah Lundu terhadap Perancangan Strategik yang telah ditetapkan seperti visi, misi, strategi dan objektif jabatan. Antara empat pecahan/perspektif yang disemak adalah melibatkan perspektif pelanggan, perspektif kewangan, perspektif proses/program/perkhidmatan dan perspektif kapasiti organisasi.

Pada sesi penutupan, pihak juruaudit amat berpuashati dengan pencapaian prestasi SCS Scorecard pihak MDL dan berharap prestasi tersebut diteruskan pada tahun-tahun mendatang. Turut hadir pada sesi penutupan adalah Puan Lisa anak Mireg, Ketua Seksyen Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan dan pegawai-pegawai kanan MDL.