Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

YB Jamilah adakan lawatan tapak projek N3 Tanjong Datu Bersama SIMU
Tarikh : 03 Nov 2021
 

LUNDU (29/10/2021)- Satu sesi lawatan tapak Projek RTP DUN N3 Tanjong Datu telah diadakan pada 15 Oktober yang lepas oleh YB Datuk Amar Hajah Jamilah binti Hj Anu bersama dengan Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU) dari Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sarawak iaitu Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang .

Antara projek yang dilawat adalah Projek Naiktaraf Jeti dan Ramp Kampung Pugu, Projek Bina Baru Balairaya Kampung Meriyu, Projek Naik Taraf Kemudahan Sukan bagi Padang Futsal Lundu, Projek Dataran Tapak Jualan Pekan Lundu, Projek Naiktaraf Taman Pasar Sematan dan Projek Bina Baru Dewan Kampung Sebat Dayak, Sematan.

Menurut Tuan Haji Azmi “Objektif lawatan adalah bagi tujuan membuat satu penanda aras supaya dapat memberi input kepada tempat-tempat tentang projek-projek yang dilaksanakan dengan jayanya di sekitar Daerah Lundu.”

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada agensi pelaksana iaitu Majlis Daerah Lundu dan JKR Lundu yang banyak melaksanakan projek yang dirancang dan laksanakan sepenuhnya yang akhirnya dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

Turut hadir di sesi berkenaan adalah Pengerusi MD Lundu En Gustian Haji Durani, Setiausaha Majlis Daerah Lundu Puan Norashikin binti Brahim, pegawai-pegawai kanan dari JKR Lundu dan SIMU.