Sarawak ID | Register

Berita

Kelebihan Pembayaran Atas Talian
Tarikh : 26 Aug 2021
 
Platform Pembayaran Atas Talian

LUNDU - 14/9/2021   

Selaras dengan matlamat Bank Negara Malaysia supaya Malaysia menjadi satu masyarakat tanpa tunai dan inisiatif kerajaan Sarawak ke arah ekonomi digital, banyak premis perniagaan dan organisasi kini menawarkan khidmat pembayaran elektronik (e-pembayaran) dan pembayaran atas talian. Kini segalanya menjadi sangat mudah apabila segala aktiviti untuk membuat pembayaran hanya terletak dihujung jari sahaja.

Tambahan pula, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kemudahan teknologi terutama pembayaran elektronik dilihat semakin menjadi pilihan pengguna terutamanya berikutan dengan pandemik COVID-19. Banyak penyedia perkhidmatan juga menawarkan kepada pengguna untuk memilih cara pembelian serta pembayaran dengan hanya menggunakan atas talian (online) serta elektronik. Kelebihannya, dikatakan lebih mudah, cepat dan selamat kerana pengguna tidak lagi perlu membawa duit yang banyak.

Seiring itu juga, pembayaran atas talian menjadi popular kerana semakin banyak perniagaan dan perkhidmatan atas talian, maka semakin meningkat peratusan pengguna yang menggunakannya. Bagaimanapun, pengguna masih perlu didedahkan dengan kelebihan penggunaan sistem tersebut kerana masih ada yang selesa menggunakan cara konvensional iaitu pembayaran tunai.

Tambahan pula, dalam mendepani pandemik COVID-19, pembayaran atas talian dapat mengurangkan urusan di kaunter sekali gus mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Pandemik COVID-19 meningkatkan keperluan dan pelaksanaan pembayaran digital berikutan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan dan kesihatan mereka. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengehadkan pergerakan rakyat, menyebabkan penggunaan pembayaran atas talian semakin meningkat. Dengan menggunakan kaedah ini, masyarakat boleh mengelakkan sentuhan secara terus serta dapat berurusan dengan cepat.

Oleh kerana itu, kebanyakan masyarakat lebih memilih urusniaga pembayaran atas talian berbanding tradisional. Urusniaga pembayaran atas talian lebih mudah berbanding tunai kerana pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi telefon pintar seperti Sarawak Pay, JomPay dan DuitNow dalam membuat apa-apa pembayaran manakala pembayaran tunai pula memerlukan pengguna membawa wang tunai sendiri untuk sebarang urusniaga.

Di samping itu, pembayaran atas talian boleh mengurangkan risiko kehilangan atau kecurian wang. Kini, kebanyakan masyarakat tidak membawa banyak wang tunai di dalam dompet mereka dan lebih selesa berurusan menggunakan pembayaran atas talian. Dengan wujudnya urusniaga ini, transaksi pembayaran lebih selamat berbanding pembayaran tunai. 

Sistem urusniaga pembayaran atas talian ini juga dapat menjimatkan banyak masa pengguna dalam melakukan transaksi urusniaga. Pada masa kini, banyak Jabatan dan organisasi awam telah memperkenalkan sistem pembayaran atas talian ini untuk memudahkan pengguna membayar cukai, zakat dan lain-lain lagi tanpa perlu membuat bayaran secara terus di kaunter. Malah, perkhidmatan ini boleh dilakukan bila-bila masa kerana pembayaran akan dimasukkan ke dalam sistem perkhidmatan tersebut.

Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memastikan setiap transaksi tanpa tunai ini dilindungi dengan sistem keselamatan tinggi supaya kes-kes godam sistem dalam talian tidak mudah terjadi. Antara perkara yang menyebabkan rakyat tidak yakin dengan sistem ini adalah kerana bimbang akaun mereka mudah diakses oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pihak perbankan juga perlu menganjurkan `Hari Terbuka´ di kesemua cawangan mereka untuk mempromosikan perkhidmatan pembayaran atas talian ini kepada seluruh masyarakat.

Justeru, wajar untuk rakyat Malaysia mula ‘membuka mata’ untuk didedahkan tentang sistem pembayaran atas talian ini kerana ia boleh memberi manfaat yang banyak kepada mereka. Dalam era teknologi tanpa sempadan kini, kita harus mengambil langkah yang sama dengan menggunakan kemudahan teknologi bagi membantu meringankan beban pengguna. Sistem pembayaran atas talian ini wajar digunakan semua pihak agar negara Malaysia menjadi negara bebas tunai pada masa akan datang.

Disedia oleh: Rabi'atul Addawiyah Abdul Rajak