Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

Penutupan Pasar Tamu Lundu dan Pusat Penjaja Gading
Tarikh : 12 Aug 2021
 

Bahagian Kesihatan dan Bahagian Penguatkuasa memantau Pasar Tamu Lundu

12/8/2021

Lundu- Walaupun hujan lebat di Pekan Lundu pagi ini, Unit Pemantauan Majlis Daerah Lundu (MDL) yang dianggotai daripada Bahagian Kesihatan dan Bahagian Penguatkuasa telah berada di lokasi Pasar Tamu dan Pusat Penjaja Gading seawal 7 pagi tadi bagi tujuan pemantauan dan memberi penerangan kepada orang awam yang datang ke premis berkenaan.

Pasar Tamu Lundu dan Pusat Penjaja Gading ditutup sementara pengoperasian bagi tujuan sanitasi dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.

Pihak MDL akan memaklumkan status premis berkenaan dari masa ke masa untuk info semasa komuniti setempat.