Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

MDL SELESAI JALANI SESI PENGAUDITAN MS ISO 9001:2015-AUDIT DALAMAN (IQA)
Tarikh : 08 Jul 2021
 

8/7/2021

LUNDU – Majlis Daerah Lundu (MDL) telah pun selesai menjalani sesi pengauditan dalaman bagi MS ISO 9001:2015 selama 2 hari bermula 7 hingga 8 Julai 2021 oleh 3 panel juruaudit yang diketuai En Simon Wong Hong dari Majlis Daerah Bau. Sesi pengauditan pada kali ini telah dijalankan secara atas talian bagi memastikan SOP PKP dipatuhi sepanjang sesi tersebut. Dua panel juruaudit yang turut bersama membantu beliau adalah En Hiu Kee Sing dari Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dan Pn Siti Fathihah bt Amat dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

Pengauditan yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menilai pematuhan  berterusan  pelaksanaan  sistem  pengurusan  kualiti     (SPK)  berdasarkan  keperluan  MS  ISO  9001:2015 dan  memastikan     pematuhan  terhadap “statutory,  regulatory  and  contractual  requirements”; menilai keberkesanan sistem  pensijilan  dan tindakan  pembetulan  yang     dilakukan hasil dari penemuan audit yang lepas; mengenalpasti  perubahan-perubahan  yang  berlaku  dalam  sistem     pengurusan kualiti dan mengenalpasti  tindakan  penambahbaikan  secara  berterusan  dalam  sistem     pengurusan kualiti.

Skop pengauditan merangkumi 9 skop iaitu Kawalan Bangunan, Pengurusan Projek Pembangunan, Penyelenggaraan Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pengurusan Sisa Pepejal, Pelesenan, Perpustakaan, Penilaian dan Pencukaian, Pengurusan Pejabat, Penguatkuasaan Perundangan dan Peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.

Secara keseluruhannya pihak panel juruaudit berpuas hati dengan usaha-usaha yang baik yang telah dilaksanakan oleh pihak MDL terutama melibatkan penggunaan medium digital dalam membolehkan komunikasi yang lebih efektif, cepat dan meluas kepada pelanggan.

Turut hadir pada sesi penutupan pengauditan dalaman tersebut adalah Setiausaha Majlis Daerah Lundu Pn Norashikin Binti Brahim, Timbalan Setiausaha En Ong Chin Ping dan Ketua- Ketua Bahagian/Seksyen yang ada di MDL.