Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

30 Kakitangan MDL terima vaksin COVID19
Tarikh : 04 Apr 2021
 

4/4/2021

LUNDU – Seramai 30 orang kakitangan Majlis Daerah Lundu (MDL) termasuk Setiausaha MDL Puan Norashikin bin Brahim telah menerima suntikan vaksin COVID-19 pada 1 April 2021 yang lepas bertempat di Dewan Masyarakat Lundu. Sesi berkenaan merupakan sesi kedua bagi kakitangan MDL setelah sesi pertama melibatkan 10 orang kakitangan telah tamat untuk pemvaksinan kedua mereka pada 30 Mac 2021 yang lepas.

Pihak MDL memberi keutamaan kepada kakitangan yang terlibat secara langsung dalam operasi nyah cemar premis, pemantauan dan penguatkuasaan S.O.P Norma Baharu dalam pandemik COVID-19 memandangkan jumlah kuota pemvaksinan yang terhad.  Pada sesi pertama tersebut, bahagian yang terlibat adalah dari Bahagian Bahagian Penguatkuatkuasa dan dari Bahagian Kesihatan dan Persekitaran Bandar.

Pemilihan kakitangan untuk sesi kali ini mengutamakan pegawai yang terlibat secara langsung berurusan dan memberi pekhidmatan kepada komuniti serta agensi luar bagi memastikan perkhidmatan majlis sentiasa berjalan dengan lancar dan terbaik kepada komuniti.

Selain terlibat dalam pemantauan pandemik COVID19 ini, pihak MDL juga bertanggungjawab dalam memantau penularan wabak Rabies dan Denggi di dalam kawasan pentadbirannya. Pihak MDL berharap komuniti di daerah Lundu ini akan sentiasa Bersama dengan MDL untuk memastikan wabak-wabak penyakit ini dapat diputuskan dengan mengikut arahan dan S.O.P yang telah ditetapkan.

Setiausaha MDL Puan Norashikin binti Brahim yang telah disuntik vaksin beliau pada sesi ini menyeru kepada komuniti Daerah Lundu untuk mendaftar dan menerima suntikan vaksin ini bagi memastikan pandemik COVID-19 ini berjaya diputuskan daripada terus merebak.