Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

SILA PATUHI S.O.P YANG TELAH DIKELUARKAN
Tarikh : 02 Feb 2021
 

02/02/2021

LUNDU -  Majlis Daerah Lundu (MDL) mengingatkan semua peniaga dan pengunjung yang ingin berurusan di premis perniagaan awam agar sentiasa mematuhi arahan yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini. Pihak MDL amat serius dalam memastikan pematuhan dalam S.O.P yang telah dikeluarkan oleh pihak Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak. Pihak Majlis akan memastikan setiap peniaga dan pengunjung mengambil langkah ketat dengan  memastikan mereka mengamalkan penjarakan sosial (sosial distancing) yang tinggi sepanjang operasi jual beli berjalan,  memakai “face mask” pada setiap masa, memastikan para penjual dan pembeli sentiasa mengguna pencuci tangan atau hand sanitizer sebelum dan selepas keluar dari kawasan pasar tamu dan menghadkan jumlah pengunjung dalam sesuatu tempoh masa bagi memastikan penjarakan sosial sentiasa diikuti.

Menurut Setiausaha MDL, Puan Norashikin binti Brahim ,” Kita amat prihatin dengan permasalahan sedia ada namun pihak Majlis Daerah Lundu memohon kerjasama semua untuk sentiasa mematuhi arahan yang telah dikeluarkan. Para peniaga dan pengunjung juga dikehendaki mengamal kebersihan dan penjarakan sosial yang tinggi bagi mengelak penularan wabak COVID-19 di daerah Lundu.”

Selain daripada itu, pihak MDL melalui pasukan MDL A.L.E.R.T dengan kerjasama bersama pihak polis sentiasa menjalankan operasi rondaan pada setiap hari bagi memastikan semua premis makanan dan kebersihan di dalam kawasan seliaan mereka sentiasa terkawal.