Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
SESI AUDIT KESIHATAN PERSEKITARAN - MDL TELAH DIAUDIT OLEH PIHAK JABATAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA
Tarikh : 17 Jul 2020
 

16/7/2020

LUNDU – Majlis Daerah Lundu telah menerima kehadiran dua orang juruaudit dari Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT pada 14 Julai 2020 yang lepas bagi menjalani Sesi Lawatan Program Pemantauan Audit Teknikal Kesihatan Pesekitaran Jabatan Kerajaan Tempatan bagi tahun 2020. Program pengauditan ini akan dijalankan ke atas semua PBT bagi melihat status pelaksanaan aktiviti berkaitan kesihatan persekitaran yang dijalankan oleh pihak PBT.

Pada sesi penutupan yang diadakan pada sebelah petang, ketua juruaudit En Mohamad Mustaqim bin Syukri yang merupakan  Penolong Pengarah Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kerajaan Tempatan amat mengkagumi pencapaian yang telah dicapai oleh pihak MDL dan mengakui antara yang terbaik di Sarawak walaupun ianya sebuah PBT yang kecil dan berstatus Majlis Daerah. Beliau juga berharap pihak MDL akan lebih berjaya di masa akan datang dan juga mencapai PBT yang disegani terutama di Sarawak dan juga di seluruh Malaysia.

Turut hadir di sesi tersebut adalah Pn Norashikin binti Brahim Setiausaha MDL, En Jablie Guyen Ketua Bahagian Kesihatan dan Persekitaran Bandar MDL, En Mohd Ashraf Ten Ketua Seksyen Persekitaran Bandar, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan Bahagian Kesihatan MDL.