Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
LAWATAN TAPAK PROJEK RAKYAT OLEH TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK DI DAERAH LUNDU
Tarikh : 02 Jul 2020
 

30/06/2020

LUNDU – Pihak Kerajaan Negeri Sarawak amat komit dalam memastikan segala perancangan dan pelaksanaan berkaitan pembangunan projek rakyat di bawah tanggungjawab agensi kerajaan negeri berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Daerah Lundu sendiri bakal menerima pelbagai pembangunan melibatkan projek rakyat yang akan dibina di dalam kawasan bandar dan luar bandar.

Satu sesi lawatan tapak projek rakyat telah diadakan pada 29 Jun 2020 yang lepas bagi mengenalpasti status projek oleh YBhg. Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Sosio Ekonomi) dan diiringi YB Datuk Amar Hajah Jamilah biti Haji Anu, ADUN N3 Tanjong Datu bagi melihat status pelaksanaan projek selain menerima taklimat daripada pegawai-pegawai daripada agensi terlibat seperti MDL, JKR, DID dan JBALB.

Dua kawasan yang telah dilawati adalah kawasan Telok Melano dan Pekan Sematan melibatkan pelaksanaan projek rakyat seperti menaik taraf Watrerfront Sematan, pembinaan Pontoon Sematan, pembinaan Dewan Tanah Hitam, Tube Well Telok Melano, Masjid Telok Melano, Anjung Usahawan Telok Melano, projek jalan Telok Melano dan Telok Serabang dan Pos Kawalan Sementara Telok Melano.  

Menurut YBhg. Dato Sri Mohamad Abu Bakar, beliau amat berpuas hati dengan status perancangan projek dan mengakui ada sedikit kelewatan dalam pelaksanaan projek akibat penularan wabak COVID-19. Walaubagaimana status pelaksanaan projek masih mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada YB Datuk Amar Hajah Jamilah kerana atas usaha gigih beliau pembangunan yang dirancang dikawasan ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar serta wawasan yang diperkenalkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dapat diterjemahkan oleh beliau. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada agensi kerajaan yang terlibat kerana dengan berkat kerjasama oleh semua dapat memastikan projek-projek yang telah dirancang dapat dijalankan.

Turut hadir di sesi berkenaan adalah Tn Haji Nasseruddin bin Abdul Jabar dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, En Gustian Haji Durani Pengerusi MDL, Pn Norashikin Brahim Setiausaha MDL, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kaum dan Ketua-Ketua Jabatan yang terlibat.