Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

YB DATUK AMAR HAJAH JAMILAH ADAKAN LAWATAN PROJEK-PROJEK DIBAWAH KENDALIAN MAJLIS DAERAH LUNDU
Tarikh : 01 Jul 2020
 

18/06/2020

LUNDU – Satu sesi lawatan tapak telah dijalankan oleh YB Datuk Amar Hajah Jamilah binti Haji Anu, ADUN N3 Tanjong Datu ke atas projek-projek di sekitar pekan Lundu yang dikendalikan oleh pihak MDL pada hari ini. Pada sesi tersebut, YB Datuk Amar Hajah Jamilah telah diberi taklimat berkaitan status projek menaiktaraf pusat penjaja Jubli Perak Lundu oleh pihak juruperunding dan kontraktor yang bertanggunjawab terhadap pembangunan projek tersebut.

Untuk makluman, pusat penjaja ini menempatkan 42 buah ruang peniagaan untuk peniaga-peniaga sekitar daerah Lundu. Dalam tempoh kerja-kerja menaik taraf ini, para peniaga sedia ada yang telah berniaga dalam bangunan berkenaan telah disediakan satu kawasan tapak perniagaan sementara yang dibina bersebelahan dengan bangunan pusat penjaja Jubli Perak sedia ada.

YB Datuk Amar Hajah Jamilah memaklumkan bahawa projek ini merupakanlah salah satu projek tinggalan Allahyarham Tok Nan kepada warga daerah Lundu bagi membuka ruang perniagaan serta menaiktaraf ekonomi para penduduk setempat.

Beliau juga memaklumkan bahawa banyak lagi pembangunan akan dibangunkan di sekitar daerah Lundu dan beliau juga berharap para penduduk daerah Lundu dan daerah kecil Sematan agar bersabar kerana pembangunan yang dirancang ini bukan dapat wujud dalam sekelip mata. Setiap pembangunan projek memerlukan perancangan yang teliti dan ia juga melibatkan kerja-kerja pemindahan paip-paip air dan kabel elektrik yang sedia ada.

Selain pembangunan projek, YB Datuk Amar Hajah Jamilah juga memaklumkan bahawa pihak beliau juga dalam proses perbincangan dengan beberapa buah bank tempatan untuk menjalakan operasi di sekitar pekan Lundu dan Sematan.

Turut hadir di sesi berkenaan adalah Pengerusi MDL En Gustian Haji Durani, Setiausaha MDL Puan Norashikin Brahim, ahli-ahli majlis, Ketua-Ketua Masyarakt, Ketua-Ketua Kampung dan wakil-wakil agensi yang telibat.