Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
MDL LANCAR KEMPEN AMALKAN NORMA BAHARU KEHIDUPAN COVID-19
Tarikh : 20 May 2020
 

20/05/2020

LUNDU – Majlis Daerah Lundu(MDL) amat komited dalam memastikan rantaian penularan COVID-19 diputuskan khususnya di daerah Lundu. Sejak daripada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dikeluarkan, pihak MDL sentiasa memastikan premis-premis di bawah seliaan mereka dan premis-premis perniagaan disekitar daerah Lundu mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak.

Inisiatif pihak MDL dalam memberi kesedaran dan pendidikan berkaitan COVID-19 ini telah bermula pada PKP yang pertama iaitu dengan mengeluarkan KIT Panduan- Perkara yang anda perlu tahu semasa menangani COVID-19 kepada komuniti daerah Lundu. Menurut Setiausaha MDL Puan Norashikin binti Brahim, kakitangan MDL dalam proses mengagih Buku Panduan ini kepada komuniti dan kit ini juga boleh diperolehi secara digital dengan mengimbas QR Code yang tertera pada poster.

Menurut beliau lagi, pada PKP ke 4 pihak MDL telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) dan etika ketika berada dipremis awam di bawah seliaan pihak MDL. SOP ini telah pun ditampal dibeberapa lokasi tumpuan umum bagi memastikan orang awam bersama pihak MDL mencegah penularan COVID-19 ini.

Pada hari ini, MDL telah mengambil satu lagi langkah dalam memberi kesedaran kepada komuniti setempat dengan melancarkan kempen “Amalkan Norma Baharu Kehidupan COVID-19” yang bertujuan untuk memastikan semua komuniti mengetahui wabak ini dan norma baharu harian yg perlu diamalkan pada setiap masa.

Kempen ini telah dilancarkan oleh Setiausaha MDL Puan Norashikin binti Brahim dan mengandungi lapan perkara yang diberi penekanan oleh pihak MDL dalam amalan Norma Baharu Kehidupan semasa berada dalam COVID-19. Lapan amalan tersebut adalah penggunaan penutup mulut dan hidung, jaga penjarakan sosial, cuci tangan, jaga kebersiahn premis, ambil suhu badan, patuhi SOP di sesuatu kawasan, buat pemeriksaan sekira ada simptom dan elak sebarang perhimpunan.

Turut hadir di majlis perasmian tersebut adalah Pengerusi MDL En Gustian Haji Durani, En Ong Chin Ping Timbalan Setiausaha MDL.