Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
MDL adakan OPS NYAHCEMAR Daerah Lundu
Tarikh : 11 Apr 2020
 

11/04/2020

LUNDU –Pada hari ini, pihak Majlis Daerah Lundu (MDL) telah mengambil initiatif dengan mengadakan program sanitasi di beberapa lokasi tumpuan ramai di dalam Daerah Lundu. Ini merupakan program pencegahan awal yang telah dijalankan oleh pihak MDL atas permintaan agar tempat awam di Daerah Lundu untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Antara lokasi yang telah di nyah cemar tersebut adalah Pejabat Pos Lundu, Pasar Tamu Lundu, Pasar Ikan Lundu, Pusat Penjaja Gading Lundu, RHB Bank Lundu, CIQ, Biawak.

Program ini hanya diadakan secara berkala mengikut jadual yang telah dirancang oleh pihak MDL. Pada operasi kali ini, pasukan ini disertai oleh lapan orang petugas yang terdiri daripada kakitangan MDL sendiri.


Menurut Encik Serkawi bin Anis, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MDL, beliau memaklumkan bahawa operasi ini merupakan pencegahan awal. Pihak MDL berharap Daerah Lundu sentiasa bebas daripada penularan wabak ini dan juga berharap semua warga Lundu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan. Duduk di rumah dan sentiasa mencuci tangan dengan sabun.