Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
MDL SEDIA KIT PANDUAN MAKLUMAT BERKAITAN COVID-19 UNTUK KOMUNITI DAERAH LUNDU
Tarikh : 06 Apr 2020
 

6/4/2020

LUNDU – Penularan Wabak COVID-19 adalah dalam situasi yang membimbangkan diseluruh dunia. Pihak Kerajaan Malaysia telahpun mengistiharkan Perintah Arahan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 yang lepas dalam usaha untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di Malaysia. Pada ketika ini, rakyat perlu diberi banyak kesedaran berkenaan pentingnya penjagaan diri dan panduan dalam menghadapi COVID-19 ini.

            Pihak Majlis Daerah Lundu (MDL) pada hari ini telah mengambil initiatif menyediakan satu Kit Panduan informasi yang pernah dikeluarkan oleh MDL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan perkara yang komuniti Daerah Lundu perlu tahu semasa menangani wabak COVID-19. Kit panduan ini mengandungi beberapa tajuk kecil seperti penjarakan sosial ( Social Distancing), langkah mencuci tangan yang betul, langkah pengurusan pembuangan sampah di rumah, apakah COVID-19, bagaimana wabak ini merebak, langkah pemantauan semasa pemantauan dan pengawasan di rumah, pengurusan kes-kes COVID-19, disinfeksi dan pembersihan permukaan pakaian dan peralatan akibat COVID-19, soal jawab berkaitan COVID-19 dan nombor telefon yang boleh dihubungi berkaitan COVID-19.

            Menurut Setiausaha MDL Puan Norashikin binti Brahim, “Komuniti setempat perlu tahu berkaitan wabak COVID-19 ini. Kami berpendapat, tanggungjawab menyekat penularan wabak ini bukan hanya ditanggung oleh pihak kerajaan sahaja tetapi memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua komuniti setempat. Oleh yang demikian, pihak kami telah berusaha mengambil initiatif ini dengan mewujudkan satu kit panduan yang boleh dijadikan panduan oleh komuniti Daerah Lundu bagi membantu menangani wabak ini.”

            Satu sesi penyerahan beberapa manual Kit Panduan ini telah pun diadakan pada hari ini di pasar tamu Lundu dan beberapa pasaraya di Pekan Lundu. Penyerahan ini melibatkan para peniaga kecil yang menjual hasil mereka di pasar tamu berkenaan. Kit Panduan ini juga boleh dimuat turun melalui QR Code yang pihak MDL telah tampal dibeberapa lokasi kedai-kedai dan pasaraya di dalam Daerah Lundu.

            “Setakat hari ini, Daerah Lundu masih dikategorikan dalam Zon Hijau Wabak COVID-19. Walaubagaimana pun, komuniti di sini tidak boleh leka dan sentiasa memastikan langkah-langkah keselamatan dan mengamalkan penjarakan sosial (Social Distancing) pada setiap masa”, tambah beliau lagi.

            Turut hadir pada sesi penyerahan Kit Panduan berkenaan adalah Ketua Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Encik Jablie ak Guyen dan beberapa kakitangan MDL.