Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
PATUHI ARAHAN SEMASA BERADA DI PASAR TAMU LUNDU
Tarikh : 29 Mar 2020
 

29/3/2020

LUNDU -  Majlis Daerah Lundu (MDL) mengingatkan semua peniaga dan pengunjung yang ingin berurusan di Pasar Tamu Lundu untuk sentiasa mematuhi arahan yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Untuk makluman, selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Sarawak melalui kenyataan media  Bil 45/2020 dan Surat Arahan COVID-19 bil 8/2020 oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak, pihak Majlis Daerah Lundu bersetuju membenarkan para petani, penternak dan nelayan menjual hasil mereka di Pasar Tamu Lundu bermula pukul 7 pagi sehingga pukul 1 petang sahaja.

Walaubagaimanapun, pihak MDL akan mengambil langkah ketat dengan  memastikan pengunjung dan penjual mengamalkan penjarakan sosial (sosial distancing) yang tinggi sepanjang operasi jual beli berjalan di lokasi ini bagi membendung penularan wabak covid-19 seperti memastikan penjual dan pengunjung memakai topeng hidung dan mulut serta sarung tangan pada setiap masa sepanjang operasi jual beli berjalan, memastikan para penjual dan pembeli sentiasa mengguna pencuci tangan atau hand sanitizer sebelum dan selepas keluar dari kawasan pasar tamu, memastikan hanya seorang peniaga sahaja dibenarkan menjalankan urusniaga di tapak yang disediakan di dalam satu tempoh masa dan yang terakhir menghadkan jumlah pengunjung dalam sesuatu tempoh masa bagi memastikan penjarakan sosial sentiasa diikuti.

Menurut Setiausaha MDL, Puan Norashikin binti Brahim ,” Kita amat prihatin dengan permasalahan yang berlaku di peringkat peniaga untuk menjual hasil tani dan pembeli dalam mencari sumber makanan, namun pihak Majlis Daerah Lundu memohon kerjasama semua untuk sentiasa mematuhi arahan yang telah dikeluarkan. Para peniaga dan pengunjung juga dikehendaki mengamal kebersihan dan penjarakan sosial yang tinggi bagi mengelak penularan wabak COVID-19 di daerah Lundu.”

Selain daripada itu, pihak MDL melalui pasukan MDL A.L.E.R.T sentiasa menjalankan operasi rondaan pada setiap hari bagi memastikan semua premis makanan dan kebersihan di dalam kawasan seliaan mereka sentiasa terkawal. Nasihat kepada warga Lundu, sila pastikan anda sentiasa berada di kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19 ini daripada berlarutan.