Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
Duduk di rumah untuk kami! Biar Kami kerja untuk anda!
Tarikh : 24 Mar 2020
 


 

 

24/03/2020

LUNDU – Majlis Daerah Lundu (MDL) memohon kerjasama semua warga Lundu untuk sentiasa berada di kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pada tempoh ini, biar kami(MDL) yang bekerja untuk anda dalam memastikan perkhidmatan kebersihan sentiasa dijalankan walaupun dalam kemelut penularan wabak COVID-19.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebanyak empat pasukan MDL ALERT telah ditubuh yang terdiri daripada lima ke lapan orang sahaja. Setiap pasukan ini telah ditugaskan secara berjadual sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi memantau pelaksanaan arahan semasa, perkhidmatan kebersihan dan sebagainya di seluruh kawasan pentadbiran MDL yang seluas 1,962.2 km persegi.

En Jabli salah seorang kakitangan MDL semasa ditemubual memberitahu, “ Walaupun letih sebab beroperasi dengan jumlah kakitangan yang sangat terhad, segala tugasan ini terpaksa dijalankan bagi memastikan kawasan di bawah seliaan MDL sentiasa terurus. “

Seorang lagi kakitangan MDL iaitu En Jeferiyo juga memberitahu,”Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kita masih menerima aduan daripada pengadu pada setiap hari. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak tapi demi tugasan kami tetap akan usahakan sedaya yang mungkin walaupun dengan jumlah yang sangat terhad.”

Sekali lagi pihak MDL berharap agar penularan wabak COVID-19 ini berjaya dibendung dalam tempoh yang singkat. Dalam memastikan penularan rangkaian jangkitan ini, semua pihak hendaklah memberi kerjasama untuk sentiasa berada di kediaman masing-masing dan mengamalkan tahap kebersihan yang optima.