Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
Pasukan MDL ALERT komit jalan tugas sepanjang Arahan Perintah Kawalan Pergerakan
Tarikh : 20 Mar 2020
 

20/02/2020

LUNDU -  Dalam memastikan segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dipatuhi oleh semua warga Lundu, pihak Majlis Daerah Lundu (MDL) melalui pasukan MDL ALERT yang telah dirasmikan penubuhan nya oleh YB Datuk Amar Hajah Jamilah, ADUN N3 Tanjong Datu, komit turun ke tapak bagi memberi nasihat dan penerangan berkaitan penularan wabak COVID-19. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, Majlis Daerah Lundu telah mewujudkan empat pasukan terdiri daripada semua bahagian di MDL yang bertugas secara berjadual pada setiap hari bagi memastikan segala “essential services” MDL dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dipatuhi oleh warga Lundu.

Pasukan ini juga telah bertindak membuat rondaan pemakluman arahan jangan keluar dan menghadkan pergerakan keluar rumah melalui alat pembesar suara kereta peronda 4WD MDL. Pihak MDL berharap orang ramai untuk sentiasa berada di kediaman masing-masing. Jangan keluar rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan bersama berdoa agar sentiasa dilindungi daripada wabak COVID-19 ini.