Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
MDL ambil langkah pencegahan COVID-19 dengan mengadakan sesi disinfektasi dan pembersihan pejabat
Tarikh : 17 Mar 2020
 

17/03/2020

LUNDU – Majlis Daerah Lundu (MDL) telah mengadakan initiatif pencegahan pada hari ini dengan mengadakan sesi disinfektasi di seluruh bangunan pejabat MDL. Sesi tersebut melibatkan penglibatan dua kakitangan Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar MDL yang bertindak membuat disinfektasi pada bahagian dalam pejabat dan sekeliling pejabat.

Selain itu, semua kakitangan MDL telah menjalankan sesi pembersihan pejabat dengan menggunakan bahan pembersih ke atas semua peralatan yang ada di dalam ruang pejabat MDL. Setiausaha MDL Pn Norashikin bin Brahim menyarankan kepada semua kakitangan MDL untuk mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dan mengamalkan garis panduan sosial yang berpatutan semasa berhubung dengan pelanggan.

Pihak MDL akan sentiasa memberi khidmat kepada warga setempat dan pada saat ini pihak MDL sentiasa bersedia serta masih menunggu sebarang arahan daripada pihak kerajaan negeri berkaitan tindakan ke atas penularan wabak ini.