Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
MDL ALERT, satu initiatif mengurang aduan
Tarikh : 28 Feb 2020
 

28/02/2020

KUCHING - Majlis Daerah Lundu telah berjaya mengambil satu langkah dalam menambahbaik sistem aduan mereka dengan melancarkan satu pasukan yang bertindak mengenalpasti permasalahan yang berlaku melibatkan perkhidmatan mereka sebelum aduan berkaitan perkara berkenaan diterima daripada pengadu.

Pasukan yang dinamakan MDL ALERT ini di tubuh melibatkan 5 bahagian iaitu Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Bahagian Penilaian dan Pencukaian Bahagian Pembangunan Komuniti dan Bahagian Penguatkuasa. Pasukan ini diketuai oleh En Jeferiyo anak Kitok yang bertindak menyelaras jadual perjalanan pasukan berkenaan dan memastikan setiap permasalah yang dikenalpasti diselesaikan dalam kadar segera.

MDL ALERT ini telah dirasmikan sendiri oleh YB Datuk Amar Hajah Jamilah binti Haji Anu, ADUN N3 Tanjong Datu di Majlis Makan Malam Penghargaan Tahunan MDL di Hotel Grand Margherita, Kuching pada 14 Februari 2020 yang lepas.

Majlis Makan Malam Penghargaan Tahunan MDL merupakan satu majlis bagi menghargai komitmen kakitangan dalam menjalankan tugasan harian di pejabat. Antara aktiviti yang dijalankan pada malam berkenaan adalah sesi penyerahan sijil kepada kakitangan yang mencapai prestasi cemerlang, pelancaran MDL Fit and Challenge dan penyerahan wang insentif kepada anak kakitangan yang mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

Turut hadir di majlis berkenaan adalah Setiausaha MDL Puan Norashikin binti Brahim, Ketua-Ketua Bahagian dan Seksyen serta semua kakitangan di MDL.