Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
LAWATAN MAHASISWA DAN MAHASISWI DARI INDONESIA KE MAJLIS DAERAH LUNDU
Tarikh : 15 Mar 2020
 

12/03/2020

LUNDU – Pihak Majlis Daerah Lundu (MDL) telah menerima lawatan daripada mahasiswa dan mahasiswi dari Institut Agama Islam Sultan Muhammad Syafiudin, Sambas dan Sekolah Tinggi Agama Islam Ma’arip, Sintang Kalimantan Barat Indonesia pada hari ini. Rombongan mereka telah disambut oleh para pegawai MDL, dan Setiausaha MDL sendiri telah meluangkan masa beliau untuk memberikan taklimat ringkas berkaitan peranan MDL di Daerah Lundu.

            Menurut salah seorang daripada wakil mahasiswa dan mahasiswi terbabit, rombongan mereka ini telah pun berada di Daerah Lundu sejak sebulan yang lepas bagi menjalankan program tahunan pihak institut mereka dibawah kerjasama kerajaan Malaysia dan Indonesia dan akan berakhir pada penghujung minggu ini. Antara program yang diadakan adalah mengimarahkan surau dan masjid, menjalankan gotong royong pembersihan sekitar kampung dan sebagainya.

            Setiausaha MDL menyarankan pihak institut berkenaan untuk menjalankan lebih banyak aktiviti yang melibatkan pembangunan komuniti bersama pihak mahasiswa dan mahasiswi Institut terbabit selain mengeratkan hubungan dua Negara yang sudah akrab sekian lama. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Ketua-Ketua Bahagian dan Seksyen yang ada di MDL.