Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
PEKAN LUNDU DIHIASI TANGLUNG
Tarikh : 20 Jan 2020
 

16/01/2020

LUNDU – Bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang pada 25 Januari 2020 ini, pihak Majlis Daerah Lundu (MDL) telah mengambil iniatif menghias “Townsquare” Lundu dan lokasi sekitar pekan Lundu dengan hiasan tanglung-tanglung merah.  Hiasan ini telah menerima banyak reaksi positif daripada penduduk sekitar dan para pengunjung yang rata-ratanya memuji initiatif pihak MDL dalam menghidupkan suasana malam di “Townsquare” Lundu.

Sejak lokasi berkenaan dihias, hampir setiap malam lokasi ini menjadi tumpuan para pengunjung untuk mengambil gambar. Pada perayaan Krismas yang lepas, pihak MDL telah menghias lokasi berkenaan dengan pokok krismas raksasa yang diperbuat daripada botol-botol plastik yang dihias dengan hiasan lampu berwarna warni.