Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
MDL adakan Bengkel Tatacara Pengurusan Perolehan Majlis
Tarikh : 12 Dec 2019
 

12/12/2019

LUNDU – Bagi memastikan pengurusan berkaitan perolehan Majlis Daerah Lundu (MDL) sentiasa mengikut prosedur yang telah ditetapkan maka pihak MDL telah mengadakan satu bengkel berkaitan iaitu Bengkel Tatacara Pengurusan Perolehan Majlis yang diadakan di Bilik Rafflesia MDL pad 10 Disember yang lepas. Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Muhamad Muzahaffar bin Mazmi, Juruaudit dari Unit Audit Dalam, Jabatan Ketua Menteri.

Bengkel sehari tersebut memfokuskan kepada kaedah pengurusan tender, sebuthargaserta penemuan-penemuan audit sebagi penambahbaikan, amalan terbaik dan “Integrity Pack”. Penganjuran bengkel ini dihadiri oleh semua kakitangan pengurusan dan operasi MDL bagi memastikan mereka sentiasa peka dengan prosedur semasa.

                Pada penghujung sesi bengkel berkenaan, Puan Norashikin binti Brahim, Setiausaha MDL mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Muhamad Muzahaffar atas tunjuk ajar dan perkongsian berkaitan prosedur tatacara pegurusan perolehan majlis kepada pihak MDL. Beliau juga berharap semua kakitangan yang terlibat akan sentiasa mematuhi tatacara yang betul dalam memastikan ketelusan dalam menjalankan tugasan harian mereka terutamanya melibatkan pengurusan perolehan majlis.