Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
MDL TERIMA ANUGERAH GANGSA UNTUK DUA ANUGERAH DI HARI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 2019
Tarikh : 13 Dec 2019
 

13/12/2019

KUCHING – Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2019 yang telah diadakan di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) pada 5 Disember 2019 yang lepas telah mencatatkan sejarah buat kali pertamanya bagi Majlis Daerah Lundu (MDL) setelah memenangi dua anugerah gangsa iaitu untuk Kategori Anugerah Ketua Menteri Sarawak Kategori Pihak Berkuasa Tempatan dan Anugerah Pengurusan Pelanggan Kategori Pihak Berkuasa Tempatan. Anugerah Ketua Menteri Sarawak telah disampaikan sendiri oleh YAB Datuk Patinggi Dr Abang haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Aban haji Openg, Ketua Menteri Sarawak manakala untuk Anugerah Pengurusan Pelanggan disampaikan oleh Datuk Jaul Samion, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Kedua anugerah ini telah diterima oleh Puan Norashikin binti Brahim, Setiausaha MDL. Pihak MDL telah berjaya membawa pulang piala beserta wang tunai bernilai RM18,000.00 untuk kejayaan memenangi dua anugerah gangsa tersebut.

                Puan Norashikin yang bersyukur atas kejayaan tersebut mendedikasikan kemenangan ini kepada semua kakitangan MDL yang sentiasa komited dalam menjalankan tugasan harian mereka dengan profesional dan sabar berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti setempat.

                Penganjuran Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak tahun ini menyaksikan Anugerah Emas bagi Anugerah Ketua Menteri Sarawak Kategori Pihak Berkuasa Tempatan dimenangi oleh Majlis Perbandaran Sibu manakala Anugerah Perak pula dimenangi oleh Majlis Perbandaran Padawan. Untuk Anugerah Pengurusan Pelanggan Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Anugerah Emas dimenangi oleh Majlis Perbandaran Sibu dan Anugerah Perak pula dimenangi oleh Majlis Daerah Sarikei.

                Puan Norashikin juga berharap pada tahun-tahun hadapan pihak MDL akan lebih berdaya saing dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan selari dengan slogan penjawat awam Negeri Sarawak iaitu “An Honour To Serve”.