Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 13 Dis 2019
Versi 8.2.2
 
Pokok Krismas Gergasi 3R MDL di Townsquare Lundu
Tarikh : 01 Dec 2019
 

1/12/2019

LUNDU – Bersempena dengan “Lundu Community Fest 2019 (LCF2019)” dan perayaan Krismas yang akan datang, pihak pasukan CSR Majlis Daerah Lundu (MDL) telah berjaya menghasilkan sebatang pokok krismas gergasi 3R yang dipamerkan di tengah “Townsquare Lundu”. Pokok setinggi lebih kurang tujuh meter ini dihasilkan dengan menggunapakai botol-botol plastik terpakai dan akan dipamerkan sehingga berakhir sambutan perayaan Krismas dan tahun baru 2020 kelak.

Penghasilan pokok Krismas Gergasi 3R oleh pihak MDL ini adalah bertujuan bagi membuktikan kepada komuniti setempat bahawa bukan semua barangan yang dibuang tidak dapat dikitar semula dan dengan idea yang kreatif dan inovatif ia mampu menghasilkan satu produk yang cantik dan dapat mengurangkan banyak kos.

Juara Kategori Bawah 7 Tahun

Juara Kategori 8 - 12 tahun

Dalam penganjuran LCF2019 ini, pihak MDL juga ada menganjurkan pertandingan pakaian beragam 3R. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu kategori bawah 7 tahun dan kategori 8 hingga 12 tahun. Penyertaan yang menggalakkan dikalangan kanak-kanak dengan pelbagai feshen 3R menarik minat ramai pengunjung yang hadir dan rata-ratanya kagum dengan rekaan 3R yang dipertandingkan dalam pertandingan tersebut.