Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 13 Dis 2019
Versi 8.2.2
 
PASUKAN STARLIGHT JUARA “LCF NETBALL OPEN 2019” YANG PERTAMA
Tarikh : 01 Dec 2019
 

1/12/2019

LUNDU – Tahun ini bersempena dengan “Lundu Community Fest 2019” pihak Majlis Daerah Lundu (MDL) buat pertama kalinya telah menganjur pertandingan bola jaring terbuka kategori wanita pada 31 November 2019 yang lepas. Pertandingan yang berlangsung selama satu hari ini disertai tujuh pasukan dari seluruh Sarawak dan telah diadakan di dewan tertutup Stadium Lundu.

Pasukan Starlight telah berjaya menjuarai kejohanan ini dengan membawa pulang piala, pingat dan wang tunai bernilai RM 1,000.00. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Jovial dengan membawa pulang piala, pingat dan wang tunai bernilai RM500.00 dan tempat ketiga bersama dimenangi pasukan LCFT dan SMK Lundu yang keduanya membawa pulang piala, pingat dan wang tunai bernilai RM250.00. Sesi penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Daerah Lundu Puan Norashikin binti Brahim. Turut hadir di majlis berkenaan adalah ahli-ahli Majlis Daerah Lundu.

Selain memenangi piala ‘LCF Netball Open 2019”, nama bagi Juara pertandingan ini akan dilekatkan ke dalam Piala Pusingan Setiausaha Majlis Daearah Lundu yang akan disimpan di MDL untuk kejohanan yang akan datang. Antara pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah MLGH, SMK Lundu, LCFT, MJ Ladies, Jovial, M10 dan Starlight.

Menurut Puan Norashikin, beliau berharap kejohan ini akan dijadikan aktiviti tahunan dan berharap lebih ramai pasukan akan menyertainya dengan hadiah yang lebih menarik. Selain penganjuran pertandingan bola jaring pada sesi LCF 2019 tahun ini, pihak MDL juga menganjur pertandingan futsal tertutup lelaki, beyblade, memancing udang, “Be LCF band”, “Kids Idol” dan pakaian beragam 3R.