Kemaskini Pada: 20 Nov 2019
Versi 8.2.2
 
Program “Highly Immersive Programme And Science Technology Engineering Mathematic” (HIP & STEM)
Tarikh : 28 Sep 2019
 

28/9/2019 oleh Jasper Robin

LUNDU – Majlis Daerah Lundu buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan satu program yang dinamakan “Highly Immersive Programme And Science Technology Engineering Mathematic” (HIP & STEM) yang telah dirasmikan oleh Kr Senghie Anak Kutong,Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan Dan Belia MDL pada 28 September yang lepas. Di dalam ucapan perasmian, beliau menekankan bahawa pendekatan program ini amat penting untuk memberi kesedaran kepada pihak sekolah mahupun ibu bapa dalam penggunaan Bahasa Inggeris dan penglibatan dalam menghasilkan sesuatu.

“Projek Highly Immersive Programme & Science Technology Engineering Mathematic” (HIP & STEM) merupakan salah satu inisiatif di antara Majlis Daerah Lundu dan Pejabat Pendidikan Daerah Lundu untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Ini adalah berikutan para pelajar pada masa kini kurang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran harian. Selain itu, program ini dijalankan bertujuan untuk mengetengahkan bakat, minda, kemahiran, kebolehan, potensi pelajar dalam melaksanakan satu projek yang diberikan pada masa yang sama. Perkara ini merupakan “hands on” dan “minds on” kepada para pelajar.

Program ini juga dijalankan untuk melahirkan minat pelajar dalam bidang teknologi dan mempertingkat daya saing pelajar selaras dengan Era Industri 4.0. Seramai lebih kurang 102 penyertaan dari 34 buah sekolah di Daerah Lundu yang menghadirkan diri ke program tersebut. Turut hadir ke sesi perasmian tersebut adalah Tuan Khuswadi merangkap Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Lundu, ahli-ahli majlis, ibu bapa dan sekolah-sekolah dalam Daerah Lundu.