Kemaskini Pada: 20 Nov 2019
Versi 8.2.2
 
MDL adakan Program Kem Bina Pasukan di Borneo Tribal Village, Bau
Tarikh : 27 Oct 2019
 

27/10/2019

BAU – Majlis Daerah Lundu (MDL) telah mengadakan satu program Kem Bina Pasukan selama dua hari bermula 26 hingga 27 Oktober 2019 di Borneo Tribal Village. Program yang dinamakan  “Team Bonding “Octopus Prime” 2019” ini dihadiri oleh semua kakitangan MDL yang dikendalikan oleh En Solhi bin Mohd Shariff dari UWAiS Followership Academy. Proram ini dijalankan bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturahim, kerjasama dan persefahaman, meningkatkan semangat dan motivasi diri di kalangan kakitangan dan mewujudkan semangat kekitaan dan kepunyaan dikalangan kakitangan MDL.

Antara pengisian yang diselitkan dalam kem dua hari tersebut adalah sesi syarahan, slides, refleksi diri, video, aplikasi corak kesarjanaan diri, soal jawab, ‘Management Games’ dan sambutan Hari Jadi untuk kakitangan yang meraikan hari jadi mereka pada bulan September dan Oktober.

Dalam ucapan penutupan sesi tersebut oleh Puan Norashikin binti Brahim Setiausaha MDL, beliau berharap semangat yang ditunjukkan dalam program dua hari tersebut kekal dalam setiap kakitangan MDL dan dipraktikkan dalam mengharungi tugasan harian yang berhadapan dengan pelanggan iaitu rakyat.

Kakitangan MDL telah diagihkan kepada enam kumpulan iaitu kumpulan “I”, “Love”, “You”, “So”, “Much” dan “Baby”. Kumpulan “Baby” telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut.

Foto